Air 'Hydro_Syifa' ini adalah air tapisan dari "e-Sistem Air Infrasonik II" hasil ciptaan Dr.Norhissam Mustafa dari Institut Perubatan Komplimentari Islam yang ditilawahkan lengkap 30 Juzuk Al-Quran ke atas nya. Baik untuk jasmani dan baik untuk rohani. Hydro_Syifa' dihasilkan atas maksud penyebaran manfaat kpd masyarakat Islam. Air ini tidak diniagakan. Segala Ilmu, Teknik Rahsia serta Pemahaman pihak Jilul Huffaz mengenai Air, digabungkan, dipadan kan dan adaptasikan sehingga terhasilnya Air Hydro_Syifa' ini. Suatu perkongsian maklumat dan info² yg menarik mengenai AIR..
Salah satu kaedah Hidroterapi (Terapi Air) berkonsepkan Islamik Bio-Energiologi yang mengetengahkan gabungan teori² air secara klasik, saintifik & holistik bagi menghasilkan air yg benar² mantap dan berpotensi menjadi asbab penawar penyakit zahir & batin (dgn izin Allah)
TAHUKAH ANDA...
1. Air adalah agen pembersih dari aliran gelombang yg merugikan.
2. Air ialah perakam terbaik kerana air menurut perintah (doa).
3. Air sebagai pencerap dan ianya boleh membentuk mengikut niat.
4. Air mengerti, menyimpan dan menyalurkan maklumat.
5. Air menangkap getaran rasa dalam apa jua bahasa, tulisan,
gambar dan bunyi²an.
CIRI-CIRI AIR YANG POWER
- Ia nya mesti lah bersifat semulajadi (air hidup / alkali).
- Apabila diukur, tidak melepasi ukuran 12hz (frekuensi), 20db (bunyi) dan 780nm (spektrum cahaya nampak).
- Oksigen nya terlarut dan kadar elektron yang tinggi.
- Mineral yang ringan dan frekuensi yang rendah.
PEMILIHAN AIR UTK DITILAWAHKAN
Jillul Huffaz tidak menggunakan Air R.O (Reversed Osmosis) dan air yg menjalani proses Infra-Red. Air R.O ialah Air Suling. Air yg hanya cecair semata², air yg telah mati, air yg dibuang segala sifat² semulajadi air drp nya, air tapisan yg sangat bersih tetapi hanya sesuai utk pesakit yg menjalani Dialisis bkn utk org sihat
.
Jillul Huffaz juga tidak menggunakan air dari penapis air yg mempunyai FIR (Far Infra-Red). Dipandang dari sudut kesihatan lahiriah (fizikal / jasmani), air ini mmg sangat bersih dan menyihatkan tetapi pada pendapat kami, air yg menjalani proses FIR atau Pancaran Cahaya UV atau Pengayunan Elektromagnetik yang berlebihan, akan menghasilkan air yang berfrekuensi tinggi.
Pada tahap pertama, air yang berfrekuensi tinggi ini akan menampakkan penambah baikkan kepada kualiti air seperti perubahan pada nilai pH, penghalusan molekul serta peningkatan bacaan ORP dan sebagainya.
Kesan jangka pendek pula di lihat ialah seperti cepat menghilangkan keletihan, mengurangkan simptom penyakit dan memberi kelegaan yg pantas. Pada zahirnya nampak terlalu baik utk kesihatan tetapi bagaimana pula kesannya utk jangka masa yg panjang? Air yg berfrekuensi tinggi seperti ini memang sangat baik utk kesihatan Fizikal sahaja, tetapi bagaimana pula di pandang dari sudut kesihatan Spirit, Emosi & Mental? Bukankah fitrah kejadian manusia itu merangkumi Spirit, Emosi, Mental dan Fizikal? Air yg baik ialah mencakupi kesemuanya, bukan hanya tertumpu pada Fizikal sahaja. Disini mungkin akan berlakunya kecelaruan & ketidak seimbangan dalam proses penyembuhan manusia secara fitrah untuk jangka masa yg panjang.
Apakah kesan dari mengamalkan minum air berfrekuensi tinggi?
Jawapan Jillul Huffaz: Seluruh sikap, tabiat, perbuatan, hasrat, fikiran akan mudah terkesan atau terbawa² atau ter ikut² atau mudah tertarik kepada benda² dan perkara² yang berfrekuensi tinggi juga (benda yg sama frekuensi nya). Biar kami contohkan apakah perkara² yang di kaitkan dengan frekuensi tinggi?
Perkara² yang berfrekuensi tinggi (Ultrasonik / Infra-Red)
- Hasad, benci, marah, panas
- Fitnah, riak, takbur, bising
- Jin, hantu, syaitan, iblis, sihir
- Virus, kuman, fungus, bakteria
- Busuk, tahi, habuk, sampah
- Melebihi 12hz, melebihi 20db, melebihi 780nm
- Tenang, kasih syg, relaks, sejuk
- Jujur, amanah, sifat² mahmudah
- Lembut hati, tawadho', rendah diri
- Bersih, cantik, wangi, sunyi
- Bacaan ayat² suci Al-Quran
- TIDAK melepasi 12hz, 20db & 780nm
KINI e-SISTEM AIR INFRASONIK DIPILIH!
JHM menggunakan air dari penapis air "e-Sistem Air Infrasonik II" yg bebas dari Infra-Red. Proses nya pun tidak mengubah fitrah semulajadi air dan ia memproses air mengikut pusingan lawan arah jam (anti-clockwise). Ini sangat baik dan menghasilkan tenaga! Setiap pusingan yg berpusing lawan arah jam (seperti Tawaf di Baitullah) akan menghasilkan tenaga, sedangkan pusingan yg mengikut arah jam akan menyusutkan tenaga. Lihat saja jam pada tangan anda, sekiranya jam anda berpusing secara anti-clockwise, ini bermakna bateri jam anda tidak akan kehabisan tenaga! Tenaganya semakin bertambah setiap kali ia melakukan pusingan.
Jadi air yg dihasilkan oleh "e-Sistem Air Infrasonik II" ini menghasilkan air yang benar-benar mempunyai tenaga secara semulajadi. Dan kini, kami menambah baik air ini (dari sudut kerohanian) dengan ditilawahkan lengkap 30 Juzuk Al-Quran ke atas nya..
Mudah-mudahan dgn keberkatan Al-Quran, Insya-Allah, baik untuk..
- Membantu meningkatkan aura & pesona diri
- Membantu memberi tenaga pada vokal (suara)
- Membantu kekuatan hafalan & daya ingatan
- Membantu membersihkan aliran tenaga yg buruk & kotor
- Membantu memelihara dari gelombang jarak jauh yg melalaikan
- Membantu merendahkan frekuensi & kembali kpd fokus
- Membantu melembutkan hati anak-anak, suami & isteri
- Sesuai utk terapi diri sendiri dan ahli keluarga
- Sesuai utk mereka yg ada terkena sihir / gangguan
- Sesuai bagi mereka yg mempunyai apa² hajat yg baik
Drp: http://www.jilulhuffaz.com.my/
No comments:
Post a Comment